Face the six april. |
Assalamualaikum semua. Petang nampak redup je. Tenang.
Aku balik je rumah semalam, my mind dah set nak update blog terus. Tapi akibat kepenatan okay sebenarnya kemalasan yang melanda, maka ditunda sehingga ke hari ini. Apahal skema nak mampos ni. Oh lupa, baru smlm bahasa melayu aku kena puji. Kembang makkk muehehe.
Purpose aku cuma satu bila tekan dashboard. Aku nak wish untuk diri aku sendiri masa 6 April, selamat hari lahir izzati. May Allah bless you always. Be strong, there's one thousand and one loves you out there. Okay habis syok sendiri punya sesi. Tak tahu lagi mcm mana cara nak buang masa. So, aku terus cerita ah apa yang buat aku gembira masa 6 April :)
5 April. Okay serious ramai sangat bahan birthday aku. Aku seronok sangat sebab selama ni aku fikir aku keseorangan. Rupanya masih ramai yang ingat tarikh hari lahir aku. Eh kau, jangan nak shentap shentap sangat ah kat sini en. Hahaha dan seriously lepas aku kena bahan, aku tak sabar sangat nak tunggu 6 April. Selama ni, kalau boleh aku nak 6 April tu berlalu macam kapas je. Aku malas nak ingat, hehe.
Malam 5 April, pukul dua belas tepat. Lepas bunyi siren dengan kak bella tiup wisel, "Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan izzati rahim, Allah selamatkan kamuuuu." Weh, malu betul. Budak dorm aku semua sporting sporting cool sempoi, tu sebab rasa nak meleleh bila diorang nyanyikan untuk aku. Hahaha. ESP; athirah, aisya, ain, hasbi, aisyah, maryam and aten ♥
6 April. Debaran aku makin terasa. Hahaha bajet je en. K aku tak nafikan memang ramai yang wish dekat aku. Terima kasih, terima kasih sangat sangat :') Aisya orang first kot, pagi pagi time aku nak mandi die pergi wish. Terharu betul. Lepastu makin ramai lah wish sampai ke malam. Prep malam tu pulak, diorang nyanyikan Allah selamatkan kamu untuk aku. Dan lagi satu, budak from 2 kasik aku satu kertas A4 ni, dalam tu semua yang diorang wish dekat aku. K air mata darah nak keluar.
Malam 6 April, masatu nak dekat mengaji. Ada orang panggil aku dekat luar. Aku macam, oh okay. Aku pergi je laa en. Bajet berani memang cemtu. Haaaa, and she gave me dizz;
Seronok? itu.... hanya Tuhan yang dapat memahami :) Oh lupa nak bagitahu, aku ade call mama dgn ayah masa birthday aku. "Happy birthday sayang...." Rasa nak menangis you. And they said esok diorang bawakkan cake untuk makan satu form. I mean, semua form two lah. Eksaited do, serious tak sabar nak tunggu esok cake dtg. Sbb hari sabtu takde prep mlm so fikir, boleh la sambut.
7 April. Dan cake pun dah sampai hahaha. Secret recipe sbb parents aku kalau cake mmg tak lain tak bukan, secret recipe je lah pilihan dia. Aku tak kesah pun. Malam tu, siap buat pengumuman guna mike sekali. Weh-serious-lawak-gila. "Perhatian kepada semua form two, sila turun antara blok A blok B skrg juga." Bajet mcm ade ape je pdhl makan cake je pun bhahaha. Pastu semua turun, cake pun dah turun. "Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan kamu, Allah selamatkan izzati rahim, Allah selamatkan kamu."
WEH. SERIOUS. MASATU. NAK. NANGIS. TERHARU. SANGAT.
Aku ajak kak farah alya sekali. Die malu malu, hahaha gedik tapi comel je hahaha. Kalau die baca ni, habeslah ~___~ Diorang ni pulak punya gila suruh aku suap kak farah. Dey, lawak kampung mana tu -.- Lepastu kak farah terus calit krim cake tu dekat pipi aku. Islah pergi suap aku satu genggam. Memang best krim penuh dekat muka. Cake tu habis jugak. Tetiba cikgu fiza panggil, die warden. Aku cuak ah sbb takut bising sgt. Aku jumpa jumpa je terus mintak maaf sbb bising sgt. Cikgu; "eh takdeelaaa, ni cikgu nak bagi ice cream free ni ha. kamu tak bagitahu birthday aku harini. kalau tak dah lama cikgu bla bla bla...." Ingatkan nak hukum aku tadi. Izzah dgn hasbi gelakkan aku hahaha :"D
Maaflah gambar di dslr takde. Tapi dihati ada. Sentiasa dalam kenangan :)
14 April. Balik rumah ni pulak, ibu tempah cupcake untuk aku. Ya Allah, serious terharu-sangat-sangat-sangat-sangat. Semalam celebrate dkt rumah aunty sue. Dengan kazen kazen semua.
Memang daebak!
see dat annoying face? itu sbb aku gembira :) sila jealous. tuihh
Haaa tu je lah nak story. Kesimpulannya, semua best semua berjalan dgn lancar. Aku bersyukur sgt sgt, Alhamdulillah :) Terima kasih untuk semua, semua yang wish secara live atau dkt fb je. Tak kesah asal korang bahagia :p Toodles, assalamualaikum! xoxo
and she's the reason why I smile yesterday. thank you sha.
Dan masani aku fikir
aku masih lagi ada peluang
untuk bahagia dan.. tersenyum lagi.