Izzati Rahim

18. Good things are belong to Allah and what is not, definitely comes from me. Allah beautify my stories with tears and broken yet lovable, awesome and full of hikmah. I see things, I write and somehow I realized that I'm a blog, not a person.

Corocoshii is my alter ego. People see me as a loner. Allahurabbi. The truth is I never being alone. If they knew that I always have someone that I talk to and the one that I can give my heart and soul. They’ll see me as someone who can’t live without The One.

refresh Twitter Blogskins
tagboard
Credit
Means. |
Assalamualaikum.

Dua hari lagi.
Cuma dua.
Dan dia.
Akan tinggalkan kita.
DEAR RAMADHAN, I miss it already :')

"Ramdhan tu bukan diertikan dengan Bazar Ramdhan. Bukan diertikan dengan Malam Tujuh Likur pasang pelita. Bukan diertikan dengan lawan meriam buluh dengan kampung sebelah. Bukan diertikan dengan buka puasa di hotel-hotel. Bukan diertikan dengan rancangan masak-masak bulan puasa di TV. Tapi benda-benda tu la dah jadi definisi Ramdhan kat Malaysia ni."

"Tapi tu la kenyataan. Ramdhan tu hanya diertikan dengan tak makan. Ramdhan tu hanya diertikan dengan Bazar Ramadhan. Ramdhan tu hanya diertikan dengan terawih dan moreh. Ramdhan tu hanya diertikan dengan buka puasa sana sini. Ramdhan tu dah macam budaya bukan lagi tuntutan agama. Maghribnya kemana, isyaknya kemana, terawihnya kemana? Entah. Ada makna ke berlapar seharian tapi benda yang paling asas pun tak buat?"

"Orang dah hilang erti Ramdhan tu sendiri. Bagi aku, Ramdhan tu purification. Penyucian. Kira penyucian by all the means and senses of the word."

"Contohnya kalau buat sambutan buka puasa. Mmg la bagus nak raikan buka puasa tu tapi cara nak meraikan tu kena la appropriate jugak. Yang kita tengok orang kebanyakan buat sambutan buka puasa ni campur je lelaki perempuan dah gaya orang buat catching up kat mapley pun ade. Pergaulan tak jaga, layan sembang-sembang kosong. Patutnya boleh buat pahala dah tapi tak jadi makna apa la kalau macam tu gayanya. Mungkin la akan ada orang kata aku ekstrem ke apa, tapi tu kenyataan. Kita siapa nak menolak hukum ALLAH?" 

"Baca Quran ni patutnya macam baca novel. Patutnya lebih lagi daripada tu. Baca Quran ni kena ada feel kalau tak, tak bawa makna apa. Kalau orang baca novel tu boleh feel sampai meleleh-leleh, baca Quran ni patutnya berkali-kali ganda lebih feel drpd tu. Patut habis berkotak-kotak tisu kalau betul-betul boleh hayati Kalam ALLAH tu."

"Tu la, kita ni kadang-kadang berlagak. Kalau baca Quran dengan tafsir, kita sentiasa je letak diri kita jadi 'watak putih' dalam Quran tu. Tapi kita lupa, cukup ke kriteria kita nak jadi 'watak putih' tu? Cukup ke apa yang kita dah buat selama ni untuk dengan bangganya kata 'aku la orangnya yang disebutkan dalam ayat 'wahai orang-orang beriman...', 'wahai orang Mukmin...', 'golongan-golongan muhsin tu.' Yakin ke kita ni orang yang ALLAH sebut dalam Quran tentang orang yang diberi balasan syurga dgn nikmat takde limit tu? Betul cukup amal kita untuk jadi orang-orang yang ALLAH sebut tu? Sepatutnya kita letak diri kita sebagai 'watak hitam', baru la kita berlumba-lumba nak lari dari mazmumah."

"Kita ni sebenarnya kadang-kadang tertipu apabila terlampau berangan sangat yang kita ni la 'watak putih' sedangkan amal kita nak melayakkan kita jadi 'watak kelabu' pun tak cukup qualification."

"Dinding-dinding masjid ni jadi saksi dia berlajar mengaji. Siling-siling masjid ni jadi saksi dia belajar hadis. Sejadah-sejadah masjid ni jadi saksi mendengar dia tilawah. Karpet masjid ni jadi saksi dia sujud qiyam. Rehal-rehal kayu masjid ni jadi saksi dia bertadarus bersama saudaranya yang lain."


Aku rasa Ramadhan tahun ni yang paling meaningful.
Yes it is.

Memang betul pun. Ramadhan tahun ni betul-betul membawa makna. Makna madrasah Ramdhan yang sebenar. Makna diri sendiri yang sebenar. Makna untuk memaknakan hidup yang sebenar.

"Salam dik, bangun. Qiyam jom."
Terima kasih ALLAH, kerana hantar dia.
Terima kasih ALLAH, kerana buka hati.





Mata terasa pedih tiba-tiba. Akan rindu. Pasti.
Gunakan Ramadhan sebaiknya guys. Masa berlalu. Assalamualaikum.



Older Post | Newer Post