Historia. |
Assalamualaikum.
Camni
ni ceghitenyaaa. Lepas fikir memasak, dedalam, hehangus hangit semua,
kitorang satu dorm pun setuju ah nak buat jamuan dorm diam-diam atas
cadangan form 3. Hmm saje saje dah lepas PMR nak buat kitorang enjoy ah
plus haritu last day exam so mcm 'k osem' gitu lol. Petang rabu tu,
kitorang turun bawah reramai (aku, wan, ica, yam, ain, hasbi, aten,
jiha) tunggu ayah wan. Terus pegi tesco kajang, order KFC, order kek,
carik selipar, carik novel, carik cardigan (bkn aku k), carik kad, carik
hadiah, carik pembalut, carik air gas, carik ape ape je lah yang
necessary kan. Kibot kemain tapi hakikatnya kami tetap comel
hahahahahahahahahahahaha k sambung sendiri. Pastu hasbi ah paling lawak.
Boleh pulak time kekibot carik surau, dia menyempat naik mainan yang
kena masuk duit sen tu. Dah mcm tadika mana je. Gelak gila-gila ah
kitorang lagi-lagi bila mainan tu bergerak dan hasbi yang omey masih
diatasnya. Ok tu lawak k tolong ah gelak hesh. Pastu, entahlah, sangat
best! Rindu gila waktu ni even mcm kecewa sikit dgn seseorang tapi takpe. Aku
dah biasa dah mcmni. lewls.
h wan, wan nak hadiah aku. Luckily,
memasing dapat apa yg memasing nak. So, fair and lovely ah kan. Hikhik.
Btw, wan. Enjoy reading the novel! xx Actually biase biase je, makan,
karoeke, tukar2 hadiah, apa semua. Biase je tapi mereka mereka sendiri
yg jadi pensil utk tulis kebahagaiaan waktu jamuan tu. Banyak gila
kenangan. Gelak diorang, bahan diorang. Mmg tak masuk akal langsung,
laka laka je. Luckily, akak2 dorm semua sporting plus gila gila. So mcm
tak awkward sangat. Bukak lagu Big Bang pastu nyanyi reramai. Hahaha
gila ohsem waktu tu x)
*****
Mata tiba-tiba terasa pedih. Akan rindu. Pasti. *tinggalkan perkarangan
aspuri*
"Jaga diri elok2, izz. Akak takleh ada 24hrs utk izz."
Time nak tinggalkan dorm tadi, sumpah sebak. "Nanti kalau kita semua dah
tak sama dorm, jgn palau2 tau. Haha." Ya Allah, rindunya T.T
Zaty, wan, ain, yam, ica, hasbi, aten, aisyah. Rindu.
PA3. Paling bising. Paling otai. Paling comel. Dorm paling byk kena
mention. Paling byk kena sita. Dorm paling 'bersih' selalu. Dorm paling 'awal' mandi.
Dorm paling banyak kena sita. Almaklumlah, dorm paling mahal kan.
Rindu nak kibot time ada checking.
Rindu nak kibot kibot time bangun lambat.
Rindu nak ber gossip panas lps prep malam.
Rindu nak menyempit 6 orang atas satu katil.
Rindu nak bahan mcm kita ni perfect sangat je.
Rindu nak stay up bersama hot chocolate malam2.
Rindu nak bergotong royong hari ahad sama sama.
Rindu nak pulun maggi ramai ramai lps exam haritu.
Rindu nak gelak mcm aspuri tu kita punya sama-sama.
Rindu nak pergi tandas, nila baju sama sama waktu malam.
Ingat gendut berbulu? Ingat zaiton, hamid, tipah? Ingat mike, biy, najwa latif?
Sebenarnya, banyak lagi korang kena ingat. Hahaha.
Rindu nak igt tarikh dgn peristiwa dia utk PA3 2012. Rindu lah woi. Haha.
PA3 2012. Memories never fade. May Allah bless us.
Baru sekejap. Dah rindu. Hati aku ni pahal sentimental sangat *ahaks*
****
Balik-balik rumah haritu.... hmm Allah mmg sayangkan aku. Sebab tu Allah uji.
Korang cuba fahamkan quotes ni betul2. Maksud dia mendalam.
Kadang-kadang kita je rasa kita ni tak kuat. Rasa nak mati lah, baik tak payah hiduplah. Apekebenda lah. Tapi sebenarnya kita kuat. Allah tu dekat. Sebab tu kita kuat. Bila keadaan mendesak, kita yang akan bangun sendiri. Kita kan sedar sendiri betapa banyak waktu yang kita sia-siakan dengan airmata sedangkan ada Allah yang sentiasa ada untuk kita, waktu susah, waktu senang. Sampai bila nak seksa diri sendiri dengan kesedihan? Jangan terlalu melayan perasaan. Nanti syaitan suka. Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yang kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri.
Memang susah, I admit it. Susah nak move on kalau sedih. Tapi ingat satu je. Allah tu lebih dekat dari urat leher kita. Ingat satu je. Allah uji sebab kita mampu. Ingat satu je. Allah uji sebab Dia sayang kita. Aku cakap ni pun mcm terkena kat batang hidung sendiri. Tapi sekurang-kurangnya ada kesedaran jugak lah dalam diri ni. Kekadang bila motivasikan diri sendiri, boleh jalan ah jugak semangat ni. Gasak ah, life goes on. Dugaan menjadikan kita lebih kuat.
Trust me, you guys are strong! xx

"Every gift had it's own risk."
"Apabila bertembung kehendak manusia dengan kehendak Allah. Sentiasa
pilih kehendak Allah. Dan hidupmu pastilah tenang." -FarahAlya
"Allah bagi ujian kat kita sebab kita ada iman . Sebab Allah sayangkan kita. Jadi bersabarlah menghadapinya." -Shahrul Aiman
"Tenangkanlah hati dlm waktu-waktu tertentu. Kerana jika hati merasa letih, ia akan jadi buta."
-web
And Allah said: I am with the ones whose hearts are torn.
*****
Untuk opah cun ni..
Dah baca dah surat? K bagus, apakata diam je. Sebab tgh malu to the max ni bila igt balik. lewls.Tau surat tu banyak. Dengan kadnya, dengan hadiahnya, dengan tulisan yang cakar ayamnya, padan muka~ Hahaha. Btw, thanks for everything opah! xx
*****
"Aku takde pakwelah. Aku ada future husband je. InsyaAllah."
-via; IzzzzatiRahim_
Pastu macam, korang. Korang tak rasa ke nak pegi tadika balik. Nak jadi budak-budak macam dulu. Zaman tok kaduk dulu yang korang langsung tak kenal erti cinta. Main kawin kawin dkt kg.Tak rasa ke? Untunglah mereka yang tak kenal erti cinta lagi.
Dulu aku mmg pernah couple. Dengan Amirul. Sbnrnya ramai je. Tapi dgn Amirul ni 'bout 3yrs. Seronok ah dulu couple tak kenal halal haram, main bantai je. Rasa dihargai bila dia ckp i love you, i miss you apekebenda mendalah semua tu ah. Dulu, cinta diertikan mcm tu ah. Seronok kemain berhari-hari text. Kalu tak text mcm mati je. Konon basic life. Bangga ah dulu couple mencecah bertahun tahun, 3 tahun, 5 bulan ape semua. lewls. Kan dah, jujur habis ni. Tapi please, jangan pandang aku yang dulu dgn aku yang skrg. Manusia berubah guys. Aku masih kenal mana baik, mana buruk. Aku takdelah jahil mana sampai tak sedar nak berubah. Aku cuba. Aku bukan malaikat tetiba nak deactive segala jenis web dlm dunia ni plus tutup no phone aku semata-mata tak nak layan lelaki. Aku fhm korang nak kutuk. Takpe aku faham. Cakap betul, salah. Cakap salah, lagilah salah. Kau nak apa? Asal aku rapat dgn orang ni, kata suka. Bila tak rapat, kata benci. Kalau korang tahu apa yang aku lalui 14 tahun aku hidup ni, korang takkan judge aku mcm aku yang korang nampak harini. Setiap manusia punya harapan. Tapi bak kata Kak Dayah, takdir tak seindah harapan. Couple tu cuma kebahagiaan yang sementara. Sebab siapa yang Allah simpankan untuk kita adalah lebih baik. Aku terfikir ayat ni masa aku ingat zaman jahil aku dulu. Kalau korang nak tau, tak semua cinta berbalas melainkan cinta dariNya.Tapi skrg ni...
1st; "I may not yours but I'll never stop loving you."
2nd; "It doesn't matter how many times you gave up on me, I'll wait for you."
"Ya Allah, jika dia bukan untukku, Kau jauhkanlah hati dia dan hatiku.
Buangkanlah rasa rindu di hati ini jika itu yg membuatkan ke arah dosa.
Jika dia adalah yg terbaik untukku, jika dia adalah jodohku, kau
pisahkanlah kami sementara waktu kerana aku tau belum sampai masanya.
kalau sudah tiba masanya, kau pertemukanlah kami semula dengan cara yg
diredhai Mu. Aamiin ya Rabb."
Kekadang aku sangatlah buntu. Seriouslah hish .___.
*****
Kalau aku tinggalkan korang sebelum korang sempat tinggalkan aku, aku minta maaf awal2.
Aku takut tak sempat nak bagitau korang semua. Ketentuan Allah, siapa tahu kan.
"Jangan menyalahkan Allah kerana pertemuan dan perpisahan. Sebaliknya bersyukurlah padanya."
-Shahrul Aiman
Terima kasih sudi hadir dalam hidup aku, korang!!! :'D
Aku sbrnya malas nak sambung. Kemalasan bertimpa timpa x) Tapi atas permintaan ramai pui, aku gagahkan ah diri update sikit. Pastu, pasal post cinta tadi tu, korang takyah lah ambik serious. Macam nyet je bila baca balik. Tapi tangan dah ter-karang benda tu. Nak buat acane kan lewls. Pastu, dah habis dah. Haha! Maka, Assalamualaikum.