Izzati Rahim

18. Good things are belong to Allah and what is not, definitely comes from me. Allah beautify my stories with tears and broken yet lovable, awesome and full of hikmah. I see things, I write and somehow I realized that I'm a blog, not a person.

Corocoshii is my alter ego. People see me as a loner. Allahurabbi. The truth is I never being alone. If they knew that I always have someone that I talk to and the one that I can give my heart and soul. They’ll see me as someone who can’t live without The One.

refresh Twitter Blogskins
tagboard
Credit
Allah tidak pernah jauh #1 |

Assalamualaikum.

Lautan yang luas terbentang di hadapan mata. Nun di sana kapal-kapal sedang berlayar. Aku menunduk 80 darjah, kelihatan beberapa ekor ikan berenang ke sana ke sini dengan riangnya. Aku lemparkan keropok yang dibeli, mereka makan. Alhamdulillah, ada senyum di hati.

Mendongak pula ke langit. Awan nampak cantik. Langit memancarkan biasan membiru. Langit cantik, aku suka. Ya, itu yang aku lihat. Tapi aku yakin dari atas sana, aku juga sedang dilihat dan diperhatikan. Lalu aku perhatikan diri aku sendiri.

Aku kenal dengan benda-benda di persekitaran. Aku kenal insan-insan selain diri aku; keluarga, kawan, saudara, guru. Aku tahu membaca, aku tahu mengira, aku tahu menilai itu dan ini. Tapi, adakah aku kenal dan tahu menilai diri sendiri?

Bercakap pasal diri, semestinya masing-masing punya kisah silam tersendiri. Mungkin pada kisah silam itu terselit pengalaman suka duka yang sangat menyakitkan, boleh jadi juga amat menggembirakan. Apa pun, ia tetap satu pengalaman walaupun ada waktu apabila terkenangkannya, sesekali terasa ada tusukan sembilu di jiwa kita.

Kisah silam tidak patut disesali sehingga kita benci walaupun sekadar mengingati detik-detik yang pernah dilalui. Kalau sesalan itu menimbulkan keinsafan, tidak mengapa. Tetapi jika sesalan itu lebih menimbulkan benci, aku kira kita patut periksa hati masing-masing. Atau, berdendam pada Allah secara halus tanpa disedari.

Berdendam padaNya secara halus? Memang adakah? Semestinya ada. 

Dendam yang begitu adalah satu perasaan yang merasakan bahawa Allah tidak adil terhadap hidup kita yang Dia rencanakan. Maka, mulalah mempersoalkan kenapa hidup kita begini, hidup dia begitu. Kenapa kita dilahirkan untuk jadi begini, sedangkan orang lain begitu; skinny face katekoo.

Aku tak mahu menyentuh tentang kesempurnaan. Kita semua sedia maklum tiada manusia yang sempurna dia atas muka bumi ini. Hidup ini penuh cacat cela. Apa yang pasti, ketidaksempurnaan itu Dia tidak ciptakan dengan sia-sia kerana disebaliknya terlindung kelebihan diri yang setiap kita usahakan. Tinggal kita buka mata hati dan berusaha.

Pernah kita bersoal jawab dengan pengalaman silam sendiri? 

Tanpa disedari, pengalaman silam itu yang membantu kita menjadi diri kita pada hari ini. Kadang-kadang ada manusia yang melalui pengalaman yang pahit pada masa silamnya lalu dia berubah menjadi seorang yang sebolehnya tidak mahu orang lain merasai yang pernah dirasainya dulu. Namun, ada juga yang berubah menjadi yang sebaliknya.

Kekuatan yang Allah kirimkan itu pastinya melalui sebuah ujian pengalaman, bukan? Kekuatan yang dikutip selama ini bukan sebarang benda. Kekuatan yang sudah lama menakung sebak airmata, menanggung arus sengsara, menongkah badai bergelora. Diredah sendirian. Tanpa menyedari, Allah yang setia memimpin kita sepanjang di trek ujian. 

Kehidupan ini masih banyak misterinya. Kerana itu, kita perlu belajar melepaskan sesuatu yang telah terjadi. Kita kena akur terhadap kehendak Allah Ta'ala. Jika itu yang telah diaturkan olehNya untuk kita, maka itulah yang terbaik untuk kita. 


Tapi kita, bukan diam sahaja tanpa perlu berusaha.

Dan kerana itu bukan tugas kita, maka lapangkanlah hati kita.


Pegang dada, pejam mata dan tanya diri sendiri.




Kerana hari ini aku tak ditakdirkan untuk berjumpa dengan dia.
Maka kisah silam menjadi luka dihati.


Tembak rindu dengan doa. Salam alayk.






Older Post | Newer Post