Izzati Rahim

18. Good things are belong to Allah and what is not, definitely comes from me. Allah beautify my stories with tears and broken yet lovable, awesome and full of hikmah. I see things, I write and somehow I realized that I'm a blog, not a person.

Corocoshii is my alter ego. People see me as a loner. Allahurabbi. The truth is I never being alone. If they knew that I always have someone that I talk to and the one that I can give my heart and soul. They’ll see me as someone who can’t live without The One.

refresh Twitter Blogskins
tagboard
Credit
Allah tidak pernah jauh #2 |
Assalamualaikum.

GAGAL. Ramai yang boleh mendefinisikan kegagalan sebagai natijah yang baik cuma ia penangguhan kegagalan. Ramai juga yang menganggap kegagalan adalah suatu lorong kegelapan buat hidup.

Semua orang pernah merasai kegagalan. Agak normal apabila dunia terasa gelap kerana kegagalan yang baru dihadapi. Terkadang, terasa mahu ke dunia lain lantaran malu padu manusia, lagi-lagi ibu bapa. Terasa seperti telah menghampakan dunia mereka dan diri sudah tidak berguna lagi. 

Dia tidak pernah tidak adil. Gagal? Semua pernah menghadapi kegagalan tetapi jalan yang berbeza. Dia berikan dugaan yang berbeza untuk kita. Kesedihan kita? Dia tahu. Dia nampak. Yakinlah. Tapi apa yang menjadi perhatian Allah adalah bagaimana kita berusaha memujuk diri kita menghadapi kegagalan tersebut.

Ada yang berhadapan dengan kegagalan dan sedih tetapi tetap meneruskan langkah kerana dia tahu Allah ada rancangan yang terbaik buat dirinya. Ada yang berhadapan dengan kegagalan tetapi saja menggagagalkan diri dan tidak mahu berusaha sebab dah give up. Rasa diri tu langsung dah tak berguna.

Menghadapi kegagalan dan terus give up sebenarnya zalim terhadap diri sendiri!

Ramai yang membenci kegagalan tetapi hakikatnya detik seperti inilah yang selalunya menjadi 'huluran tangan' Allah kepada kita untuk kembali kepadaNya setelah beberapa lama alpa dan selesa saat menjadi orang selalu berjaya. Ramai yang mudah leka berada dalam kondisi senang.

Hakikatnya kita mendapat perhatian lebih daripada Allah. Masa inilah mungkin Dia mahu melihat bagaimana kita menjalankan peranan kita sebagai hamba.

Aku juga pernah mengalami kegagalan. Jujurnya aku sedang menghadapi kegagalan kecil ketika aku menaip bait kata disini. Air mata tak usah cakap, murah nak tumpah. Masa itu biarkan air mata mengalir. Tanda kelemahan seorang hamba di hadapan Sang Khaliq.

Aku pada mulanya rasa putus asa. Give up. Rasa macam tak boleh dah nak move on, tak boleh bangkit. Rasa macam kegagalan ini segalanya. Rasa macam kegagalan ini sampai ke hari seterusnya. 

Tapi, apa kamu lupa janji Allah dalam kitabullah?


"Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Maka apabila kamu telah selesai (daripada sesuatu urusan) tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain). Dan hanya kepada TuhanMu lah kamu berharap." 
-Asy Syarh : 5-8


Setiap kegagalan itu Allah sebenarnya sudah sediakan jalan keluar, jalan kejayaan. Apa yang tinggal ialah kita. Kita sendiri kena berusaha. Allah dah buka pintu. Tinggal kita yang nak masuk, nak hadapi macam mana. Hidup ini sebenarnya bertunjangkan keyakinan kepadaNya. Kalau tak yakin padaNya maka bagaiman Dia akan yakin terhadap kita? Subhanallah.

Sama seperti kita berdoa, Dia memakbulkan doa. Tapi perasan atau tidak, apa yang Dia makbulkan adalah apa yang kita perlukan dan terbaik untuk kehidupan kita. Bukan apa yang kita hajati. Makanya Dia berikan apa yang sepatutnya kita perlukan.


"Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal ia baik bagimu. Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
-Al Baqarah : 216


Pandangan manusia sekeliling? Jangan hiraukannya kalau ia hanya membuatkan kita jauh daripadaNya. Yakinlah yang sentiasa ada dan memandang kita. Biiznillah. Sekiranya ada yang menyisihkan kita, maka senyumlah kerana Dia dan para malaikatNya sentiasa berada disamping kita. Ini bukan rekaan, serious. 

Mengadulah di hadapanNya. Dia sangat suka mendengar pengaduan kita. Dia rindukan rintihan kita. Dia tahu, manik jernih dari mata itu gugur lantaran mengakui kekerdilan diri seorang hamba. Dia tahu..

Dengan kecintaan Allah kepada kita, kegagalan itu yang menjadi asbab kita untuk kembali rapat padaNya. Kita kembali bergantung padaNya. Siapa sangka, kan?

Ketenangan dalam pelukan Allah itu adalah apabila kita berusaha dan berusaha lalu natijahnya diserahkan sepenuhnya pada Dia. Dalam masa yang sama, kita berdoa. Akhirnya, Dia nampakkan natijahnya, tidak seperti yang kita jangkakan. Tapi hebatnya kita apabila kita menerimanya dengan lapang jiwa.

Awak semua, kita bukanlah orang yang gagal. Buang pemikiran itu jauh-sejauh yang mungkin. Tetapi kita ini adalah pendaki yang Dia berikan keizinan untuk berehat bagi memastikan bekalan cukup dan membetulkan keadaan sebelum berjaya ke puncak kejayaan.

Sebenarnya, kemuliaan itu adalah bila kegagalan menyapa, kita tetap meneruskan langkah di samping menjadi seorang hamba yang baik kepada TuhanNya :)

Mungkin zahirnya pada pandangan manusia lain, kita sedang dilanda 'derita'. Hakikatnya hati kita tenang.

Mengapa? Kerana kita orang yang bergantung harap sepenuhnya pada Dia.

Maka terima setiap natijah itu dengan hati terbuka.

Dengan hati yang tidak dendam dan berduka.

Kerana itu mungkin yang terbaik buat kita.

Buat masa ini, demi masa depan kita.





Kerana akan aku buktikan kepada mereka,
permulaan kegagalan ini adalah langkah kejayaan aku yang akan datang.
InshaaAllah, 9A PMR Allahumma Aamiin!

NUR IZZATI BINTI MOHD RAHIM PELAJAR CEMERLANG 9A PMR 2013
AAMIIN YA RABB! (bagi semangat sat cewah)


"Doa ibu bapa yang kita perlukan. Restu mereka penangan hebat."
Salam alayk.



Older Post | Newer Post